Tuesday 30 April 2024 
qodsna.ir qodsna.ir

Pemimpin Yaman: Arab Saudi Dan UAE Adalah Boneka A.S Dan Zionis

Pemimpin gerakan Ansarullah Yaman mengatakan bahawa rejim Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu adalah boneka Washington dan Tel Aviv.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin gerakan Ansarullah Yaman mengatakan bahawa rejim Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu adalah boneka Washington dan Tel Aviv. 

Abdul Malik Badreddin al-Houthi membuat kenyataan itu di dalam sebuah ucapan yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen oleh saluran TV al-Masirah pada hari Ahad, di mana beliau menuduh Amerika Syarikat dan Israel adalah pemain sebenar yang menarik Arab Saudi ke dalam kancah perang berdarah di Yaman. 

"Ribuan bentuk penyusupan dan operasi pasukan tentera gabungan yang dipimpin oleh A.S telah menemui kegagalan dan rakyat Yaman sendiri semakin mengecapi banyak kejayaan," katanya. 

Houthi di dalam ucapan itu turut menuduh Arab Saudi dan UAE secara kewangan menyokong kumpulan pengganas Takfiri dalam konflik berdarah di Yaman.




Users Comments

Videos

Qods News Agency


©2017 Kantor Berita Qods. All Rights Reserved